Posted in December 2, 2009 ¬ 4:00 pmh.admin
PENGGUNAAN Internet kian meningkat di kalangan penduduk negara ini dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia mula mengenali kebaikan yang mampu mengubah kehidupan.
Apatah lagi dengan kemudahan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada Internet rancak dipromosikan, syarikat telekomunikasi menawarkan pakej dengan harga semurah RM49 sebulan.
Di sebalik celik Internet di kalangan warganegara Malaysia, timbul pula persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber, pencurian data dan sebagainya. (more…)
Posted in September 24, 2009 ¬ 7:09 pmh.admin
PEMILIK laman web di Malaysia diminta berhati-hati dan mengemas kini sistem keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam Internet berikutan insiden serangan terhadap laman web Malaysia baru-baru ini.
Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi serta pelayan mereka dengan perkhidmatan keselamatan bagi melindungi kelemahan tersembunyi.
“Ia perlu bagi mengelak sebarang ruang yang boleh dieksploitasikan penggodam untuk menjejaskan laman web mereka,” kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). (more…)
Posted in September 24, 2009 ¬ 7:06 pmh.admin
MUSIM perayaan ini akan menjadikan laman web sosial bertambah popular dan bakal mendapat kunjungan tertinggi kerana pengguna sibuk berbalas ucapan dan berbual untuk merapatkan silaturahim terutama yang jauh di mata.
Namun, perlu diingat dalam keghairahan itu ada anasir yang mengambil kesempatan mencuri butir-butir rahsia kita termasuk kata laluan dengan tujuan memporakperandakan sistem, malah lebih parah lagi boleh mengakibatkan kerugian wang ringgit.
Kajian syarikat keselamatan terkemuka, Trend Micro berjaya membuktikan dua daripada aplikasi Facebook dibangunkan untuk tujuan jahat itu apabila ia dipautkan terus ke laman ‘pishing’ fucabook. (more…)
Posted in September 24, 2009 ¬ 6:55 pmh.admin
SALAH satu aspek keselamatan yang kurang dititikberatkan termasuk pengguna perisian keselamatan percuma di kalangan pengguna di Malaysia.
Mungkin sekarang anda menggunakan perisian terbabit dan pada masa sama membuka akaun Maybank2u untuk menghantar duit ke kampung ketika musim perayaan ini, adakah anda rasa selamat?
Tidak dinafikan banyak perisian keselamatan percuma boleh dipindah turun, namun mampukah ia dipercayai 100 peratus? Sedangkan insurans nyawa anda pun perlu dibayar!
Pengguna kini sudah aktif beronline dengan pelbagai aktiviti seperti e-mel, penukaran fail, pindah turun, mesej pantas (IM), laman web sosial, permainan online dan perkongsian foto. (more…)
Posted in August 30, 2009 ¬ 5:49 amh.admin
KASPERSKY menghasilkan dua perlindungan keselamatan komputer menerusi Anti Virus dan Internet Security 2010 dengan ciri perlindungan diperbaharui menerusi sistem unik yang direka khas.
Anti Virus 2010 memiliki ikon baru iaitu Kaspersky Toolbar yang memberi amaran jika laman web yang dilawati tidak selamat selain pembaharuan untuk perlindungan papan kekunci maya serta mod game.
Manakala Internet Security 2010 mempunyai keupayaan yang membolehkan pengguna melayari laman web tidak selamat dengan menetapkannya pada mod Safe Run. (more…)