Latest Publications

Facebook tak selamat!

LAMAN sosial terkemuka, Facebook perlu mengkaji semula Soalan Keselamatan jika pengguna terlupa kata laluan untuk membolehkannya memasuki akaun tertentu.

Ini kerana soalan terbabit mungkin mudah diketahui orang lain memandangkan jaringan Facebook merangkumi rakan atau keluarga yang pasti mengetahui jawapan jika diajukannya bagi tujuan keselamatan. (more…)

Aplikasi interaktif baru Google

GOOGLE Inc memperkenalkan beberapa aplikasi interaktif terbaru menerusi Gmail Labs yang mampu memberi ke puasan kepada pengguna e-mel Google.

Gmail yang sememangnya dikenali sebagai penyedia per khidmatan e-mel percuma terbaik disertai dengan per lindungan keselamatan spam yang kukuh, berjaya menarik perhatian penggunanya untuk mencuba Offline Gmail, Mail Googles, Quick Search Box dan Task. (more…)

Conficker terus mengancam

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita serangan virus yang menjangkiti hampir lapan juta komputer di seluruh dunia.

Conficker juga dikenali sebagai Downadup atau Kido dianggap virus terbaru yang berjaya melakukan jangkitan menerusi perisian Window yang tidak bercantum (unpatched Window).

Apabila berjaya memasuki rangkaian komputer, ia dengan sendirinya mampu mendapatkan kata laluan dengan meneka secara rambang atau memperdaya pengguna menerusi pe macu cakera yang memberi arahan fail dibuka secara au tomatik (autorun). (more…)

Norton 360 v3.0 lebih bertenaga

SYMANTEC Corporation melancarkan Norton 360 versi 3.0, rumusan keselamatan semua dalam satu ke arah penyelesaian keselamatan komputer dan aktiviti atas talian yang lebih selamat dan terjamin.

Norton 360 turut menyediakan Norton Safe Web iaitu laman web yang dibangunkan bagi mengenal pasti setiap laman yang dilawati pengguna adalah selamat daripada pelbagai ancaman virus.

Urusan menerusi perbankan online dan membeli- belah di Internet dilindungi Norton Identity Safe untuk melindungi maklumat peribadi pengguna serta mengelakkan kecurian data menerusi program tertentu. (more…)

Perogol siber

IA bukan perkara baru namun ia juga tidak pernah selesai.

Membincangkan soal Internet, pengguna akan lebih menghubungkannya dengan jenayah penipuan atau gejala sosial lain.

Malah, ia menjadi medan baru untuk perogol yang mencari mangsanya dengan modus operandi lebih tersusun dan kurang berisiko.

Perogol bukan lagi melepak di tepi jalan dan menunggu mangsa untuk diratah namun bertukar menjadi jenayah tersusun apabila mereka mengkaji sifat mangsanya terlebih dulu sebelum bertindak. (more…)

 
Activate by BlogNice.Net