Latest Publications

TM tak jamin Internet pantas

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) tidak memberi jaminan untuk menawarkan perkhidmatan Internet lebih pantas meskipun projek Internet jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) menemui pengguna pada masa akan datang, sebaliknya ia bergantung kepada keadaan semasa.

Pengarah program projek TM HSBB, Ahmad Azhar Yahya, berkata kelajuan Internet tidak boleh dijangka namun akan memastikan kemudahan terbabit memberi kesenangan kepada pengguna. (more…)

Pek prabayar jalur lebar pertama

CELCOM (Malaysia) Berhad (Celcom) menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih dalam bentuk prabayar dengan kelajuan 384 kilobit sesaat (Kbps).

Ketua Bahagian Inovasi Perniagaannya, Kelvin Henry, berkata walaupun menawarkan kelajuan sehingga 384 Kbps, Celcom percaya ia mampu memberikan kemudahan kepada pengguna bagi keperluan asas mereka.

“Melalui kajian kami sebelum ini, kelajuan terbabit cukup untuk membuka e-mel, melayari Internet dan menjalankan kerja seharian,” katanya. (more…)

e-Stor Kaspersky mudahkan pengguna

PENGUSAHA antivirus terkenal, Kaspersky Lab melancarkan stor atas talian di www.Antivirus365.net bagi pengguna di seluruh Asia Tenggara manakala Malaysia dipilih menjadi pusat perniagaan atas talian ini.

Pengarah Urusan Kaspersky Lab Asia Pasifik, Harry Cheung berkata, perniagaan atas talian menyumbang satu per lima hasil kepada Kaspersky bersamaan dengan 125 peratus peningkatan tahun demi tahun.

“Sebanyak 580 juta populasi di seluruh Asia Tenggara manakala penggunaan Internet meningkat sebanyak 105 juta iaitu mencakupi 39.5 peratus di Asia dan 60.5 peratus di seluruh dunia. (more…)

Tonton YouTube tanpa URL

BAGAIMANA untuk menyimpan video yang digemari daripada laman web YouTube?

Ramai yang bertanyakan kaedah melakukan aktiviti mengumpul video melalui laman web video itu namun jangan risau kerana ada jalan mudah bagi penyelesaiannya melalui beberapa langkah di bawah. (more…)

Alam siber masih belum selamat

PENGGUNA perlu berhati-hati ketika melakukan transaksi ‘online’ memandangkan kegiatan jenayah siber mempunyai kepentingan yang mensasarkan mangsa secara terancang dan bukan lagi bertindak secara suka-suka.

E-Commerce Consultants iaitu organisasi global yang mengiktiraf individu dalam pelbagai kemahiran e-perniagaan dan keselamatan melalui presidennya, Jay Bavisi, berkata setiap pengguna perlu menyedari risiko yang dibawa jenayah siber memandangkan dunia menggunakan teknologi maklumat (IT) sebagai medium komunikasi. (more…)

 
Activate by BlogNice.Net